1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga." (Hadis Riwayat Hakim)
2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: "Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya." (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas'ud)
3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:"Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur." (Hadis Riwayat Ahmad)
4. Mati syahid di dalam medan perang.
5. Mati dalam peperangan fisabilillah.Rasulullah bersabda, maksudnya: "Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian?Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.Baginda bersabda: "Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit."Kalangan sahabat kembali bertanya: "Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?"Baginda menjawab: "Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid."(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)
6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:Rasulullah bersabda, maksudnya: "Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim." (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)
7. Mati kerana tenggelam.
8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: "Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah." (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)
9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.
10. Mati terbakar.
11. Mati kerana penyakit busung perut.Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu': "Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid." (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad)
12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: "Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid." (Hadis riwayat Thabrani)
13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. "Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa'i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)
14. Mati dalam membela agama dan jiwa. "Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid."
15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur)."
16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah.
InFo HaRiAn MeTrO.
-baSyie-
Tuesday, August 11, 2009
~TaNdA MaTi HuSnuL KhAtiMaH ~
Posted by dbest09 at 4:37 PM 0 comments
HaTi MaTi ..
Tanda-tanda hati mati Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.manusia zahirnya bersih dan baik..namun, andai dibiarkan hatinya kotor dan busuk dek kelalaian duniawi maka hatinya akan mati.."Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam."(Hadis riwayat Ibn Majah)mengapa hati kita mati??Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah. Allah berfirman bermaksud:"Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata."(Surah al-Zumar ayat 22)Hubbul dunia (kasihkan dunia)Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.dibuai, dihanyut kesoronokan sementara menyebabkan diri manusia alpa. keseronokan yang zahirnya nampak sedikit kesannya, tapi besar impaknya apabila tidak dikawal dan dihindar. akhirnya, antara sedar atau tidak, hati telah mati tanpa kita sedari.setiap penyakit ada penawar..hidupnya hati kerana tiga :Zuhud dengan duniaZikrullah"Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia." (Surah al-Ra'd ayat 28)Bergaul atau berkawan dengan orang yangmukmin~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~aduhai diri..tatkala sedari hati kita mati..cepat-cepatlah beristighfar supaya menyedari..tak guna kita mengendahkannya lagi..masih ada waktu untuk kita menyesali..supaya diri lebih diredhai..marilah sama-sama perbaiki diri..sedangkan batu yang keras lagi ditembusi..apatah lagi sekeping hati..yang takutkan allah rabbul izzati.."Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan."(Surah al-Baqarah ayat 74)
-basyie-
Posted by dbest09 at 4:33 PM 0 comments
HASLINI.....CHE LINING...LINING...LINI....KAK NGOH....N SU LINI...
salam...actually i want to share about what happen to me right now...
hhiihihihihih...
banyak sangat asgment leni..tak tertahan...bila nak buat ni...kekangan masa menjadi antara faktor..namun begitu..aku...tega melakukan ini semua...aku bisa menyiapkannya ...dengan sempurna.....kebanyakan keja skrang translate jurnal..agak memenatkan..tak mula lagi....
tapi saya dah mula r..taip asgment esei sejarah..oh ya kali ini saya ambil kajian n pensejarahan sumber plak..as r kursus minor saya....belajar kt fssk sangat memenatkan..bukan pe...ramai sgt mahasiswa/i kat situ..mata ni tak lepas tau duk tengok pelbagai ragam diorang..hehehehe...
tengok dari segi warna n corak baju kurung, tengok gaya jalan..n lain2...
dulu masa tahun 1...sayer pernah r pakai je kad matrik macam budak tahun 1 leni..sepanjang masa pakai...hahahahha...bila dikenang kembali sungguh indah saat itu....oh ye..korang p tak lepak kt tasik kejut petang22..beriadah ker???
member kata kawasan tue dah cantik skunk..sesuai r untuk joging2...n lain2...pensyarah kate....nak sihat badan tak semestinya joging..kita boleh je..tengok tv, membaca novel,..tonton movie n lain-...kiranye depend to all mof u rrrr...
kali ni nak share pasal memancing tau....best sangat ..kali terakhir lakukannya sebelum masuk sem baru sesi ni...kiranya so far so good r..hahhaha...kecewa gak r....skunk tak guna alatan memancing sendiri dah..guna yang sepupu punyer..yang lini, dah jual pada abe ki as my cousin...syng gak jual..tapi nak wat macam ner...skunk..lini p mancing tak sekerap macam zaman sekolah menengah lu..ayah marah!!!.....myb pasal lame kot...kitorang kan kalu memancing..kuar lepas isyak tau...bermalam rr..atas bot..naik je ikan terus siang, basuh, n make a gulai or gril it..tapi itu dulu r...skunk tak lagi..skunk kan..kalu lini nak g pancing jer..mesti apih(adik) teman or p ngans epupu ramai2....
lini punye sedara2 tak kisah r sepupu ke, pok sdara ke, dua tiga pupu ke..kebanyakan minat memancing....belakang umah lini pun ader tali i....tak leh pancing ikan kat laut pun..kitorang p gak mancing kat terusan or tali i....overall ok r....tapi yg pastinyer...lini makan ikan laut ..n tak makan ikan sungai(ikan darat)...mek (nenek) kate..orang puan ni kena belajar makan ikan darat/sungai..tapi ntah lah..tak suke wei.....pernah sekali tu makan ikan haruan tapi yang dah dikeringkan..goreng bersama bawang besar, n hirisan lada kering..best gak r....tapi sekali tu jelah...
kat kelantan kan..ikan sungai dikenali as ikan darat..biasanye dimasak lemak cili padi, asam pedas, gulai tempoyak, gulai lengkuas n percik..biasa nyer ikan keli d masak versi percik r....bulan pose jer laku lah sangat ikan keli percik d pekan wakaf bharu, kelantan ni..hehehhee..korang tau tak..ikan keli yang hidup liar kan lebih enak isinye bila dimasak berbanding ikan keli yang ore pelihara...pok di ( pak sedara) katew....biasa nyer adik beradik sebelah ayah..kalu masak ikan darat ke..gulai kepala kambing ke..tentu akan calling2222..adik beradik ayah yang lain...makan ramai2 meriah sikit./...nak bakar ayam..ke bbq sotong ke, udang ker...samalah..ramai2 kumpul umah mek yam....nenek lini sebelah ayah ni.. ngajar budak ngaji...bekas anak murid mek lini r....baca depe mek gak..tajwid tentu ader je kena tegur dulu2..hhihiihihi...biasalah...masih budak..leni baca depn mek yam pun..mash kena tegur....hahhaha....lini punya kalangan sedara2 suka makan belut tau...sup belut atau paprik belut n belut goreng..tapi lini punya ayah . mak tak makan r...kitorang tak suker....eeee.e.....adik laki lini makan..suke je tegok diorang makan....
ayah paling suke makan gulai kerutuk kambing....lagi pedas lagi ayah suker...pokoknyer lini banyak ikut ayah r...tapi tak suke makan gulai kambing..suka makan budu versi cap ketereh...hehehhe..kakak ikut mak..muke mcm keturunan syeikh gitu..hehehehe...diorang suka makan lauk macam arab cikit..genetik kot..sebelah mak..keturunan syed2...ayah kpd mak orang pakistan...tapi lini tak kenal r...sudah arwah..lini masih kecil ag...masa tue...masih baby...
bulan pose aka kunjung tiba ..tapi lini dah rancang nak wat jenis kerepek aper raya nanti..satunyer adalah...
kerepek popia bersalut nestum...
mudah jer..korang cube wat deh....
nestum n gula dikisar halus..n abaikan...
pahtu kulit popia dgoreng gulung kat straw kecil2..pahtu..bila dah ganring ..angkat n toskan..pahtu korang gaul kan ia dalam adunan nestum tadi...simpan dalam bekas yang kedap udara k...takut masuk angin r...at tak leh simpan..yang pasti jngan ngap lu sebelum masuk hari raya pertama k.....
Posted by dbest09 at 4:15 PM 0 comments
che lining ni.....
salam...hi everyone.....hehehehe...
nice again in our blog....
teman2..nggak mau buat reunion lagi kowww....kali ni kalu nak wat..kita pakat2 g bakar aye lagi deh..tok puas makan hari tue.....gembira n sedih malam akhir tue..jadi nak makan pun kelu...(biar nasi berpinggan tambah pun..hehehhehe)......
korang ader ym ke ape ker..tak dok ag../add ore d Aelinis87@yahoo.com k......oh ya lupe nak kasitau.....kpada ct, mar, isma, selamat berkonvo at k..jangan lupe jadilah bakal pejkerja yang baik kelak....jangan ponteng keja plak....hehehhe...
korang sumer kepada budak kelas zh2014 dulu, jangan lupa sentiasa jaga kesihatan n jg diri k....sayo sentiasa merindui kalian hendaknyer...
Posted by dbest09 at 4:10 PM 0 comments
Wednesday, August 5, 2009
tuntut barang! hahahahaha....
salam...
syara...zul nk gambar.... tu je...hehehehe
Posted by dbest09 at 8:38 PM 0 comments
Thursday, July 23, 2009
halo plends...
pa kabar??
syara nak bagi email ym, friendster n facebook syara..
sya_zhamgar@yahoo.com..
jangan lupa add tau..
miss u all
Wassalam
Posted by dbest09 at 9:20 PM 0 comments
Monday, July 20, 2009
SaPa aDa BenDa aLah NiE ???
Hi Friends...
result exam pon dah kluar ...amacam??
saja je nk raasmi post B.M kat blog ni ...
Mcm mn skrg bila dah melangkah naik ke thn3..
kejap je kan pejam celik2 dah thn 3 ..isy2
Nk tya sapa ada friendster /y.m ble la kongsi kat sini
ble gak th perkembangan n pgecutan masing2 ...
klu nk bg phone no pon ble gak ..
Bila kita nk buat reunion Foundation set 1 g aa??
Posted by dbest09 at 5:03 PM 0 comments